Harga
+ Maklumat penetapan harga terkini adalah seperti yang ditunjukkan di laman web ini. Harga yang ditunjukkan dalam laman web ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
Penghantaran
+ Dengan syarat bahawa barang berada dalam stok, NADI Eleczone Solutions akan menghantar barang pembeli melalui khidmat pihak penghantar luar. Tiada komitmen yang diberikan berkaitan dengan masa penghantaran yang dicapai, semuanya bergantung kepada proses penghantaran oleh pihak penghantar luar yang kebiasaanya akan mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja.
Sebelum ship out...
+ Staff NADI memproses pesanan setiap hari bekerja dari Isnin sehingga Jumaat untuk diserahkan kepada pihak courier.
+ Harap dapat bersabar jika order pelanggan tidak di ship out lagi. Pihak NADI menerima banyak pesanan setiap hari dan NADI akan pastikan pesanan pelanggan di ship out dalam tempoh 2 hari bekerja selepas pesanan diterima.
+ Ship out bergantung pada pihak courier. Pihak Courier kebiasaanya mengambil barang setiap 10 pagi Isnin hingga Jumaat.
Selepas ship out...
+ Untuk semenanjung Malaysia, kebiasaannya pihak courier mengambil masa diantara 1 ke 5 hari bekerja (tidak termasuk cuti) untuk sampaikan barang kepada pelanggan.
+ Untuk Sabah dan Sarawak, kebiasaannya pihak courier mengambil masa diantara 3 ke 15 hari bekerja (tidak termasuk cuti) untuk sampaikan barang kepada pelanggan.
Pemeriksaan Dan Kerosakkan
+ Pelanggan mesti memeriksa semua barang selepas menerima barangan yang dibeli. Dalam masa sebulan selepas menerima barang tersebut, pelanggan dikehendaki memberikan notis bertulis kepada NADI Eleczone Solutions untuk:
- Sebarang kecacatan terhadap barang yang jelas dan munasabah. NADI Eleczone Solutions akan menggantikan barang tersebut atau mengembalikan semula wang pembelian atas persetujuan bersama NADI Eleczone Solutions dengan pembeli.
- Sebarang penghantaran barang yang tidak mengikut pesanan. Dalam kes ini, syarikat akan menggantikan barangan tersebut atau mengembalikan semula wang pembelian atas persetujuan bersama NADI Eleczone Solutions dengan pembeli.
+ Sekiranya pelanggan tidak memberi apa-apa notis sedemikian, barang akan dianggap telah dihantar kepada pelanggan serta bebas daripada semua kecacatan yang jelas.
Pemulangan Barang Rosak
+ Untuk produk yang sampai kepada pelanggan di dalam keadaan yang pelanggan merasakan produk tersebut rosak pada penggunaan kali pertama, tiada modifikasi dilakukan terhadap produk asal, kurang dari tempoh sebulan dari tarikh pembelian, pelanggan boleh melakukan return dan refund akan dilakukan setelah barang selamat sampai ke pihak NADI.
+ Whatsapp ke nombor staff return dan refund NADI di 019 - 249 3264 :
- maklumat nombor tracking barang return setelah diserahkan kepada pihak courier.
- nama bank, nombor akaun serta nama pemilik akaun bagi tujuan refund.
+ Proses refund akan dilakukan setelah barang selamat sampai ke pihak NADI.
+ Standard rate kos pos RM8 akan ditambah ke dalam refund. Barang boleh di pos ke alamat :
NADI ELECZONE SOLUTIONS
LOT 1667 TINGKAT 1, LORONG TAMAN AIR TAWAR INDAH, TELOK AIR TAWAR, Butterworth, 13050, Pulau Pinang
04-3511802
Jaminan
+ NADI Eleczone Solutions menjamin bahawa jika ada barang yang rosak disebabkan oleh kerosakkan yang berasal dari kedai NADI Eleczone Solutions, NADI akan membayar kembali harga pembelian yang dibayar oleh pelanggan untuk barangan, atau pembaikan dan/atau penggantian barangan tersebut atas persetujuan bersama NADI Eleczone Solutions dengan pembeli. Dengan syarat :
- Pelanggan mesti memaklumkan syarikat dalam masa sebulan selepas menerima barangan tentang mana-mana barangan yang rosak.
- NADI tidak akan membuat apa-apa jaminan atau menerima apa-apa tanggungjawab untuk apa-apa penggunaan yang tidak wajar oleh pelanggan.
- NADI tidak akan membuat sebarang jaminan untuk sebarang pembaikan atau pengubahsuaian yang dibuat oleh pelanggan tanpa persetujuan syarikat.